Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

Sifir Mudah

"Dah pinjam, bayar balik"

Ini sifir paling mudah yang aku rasa tak semua hafal. Jenis yang call punya baik ayat nak mintak, tapi lepas dapat terus buat dek (dek tu macam buat tak tahu). Dah terkena dua kali. Namun begitu, lepas ni kalau kawan mintak tolong, aku masih nak tolong. Tak nak lah sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Cuma kalau dah berapa kali telefon tak nak angkat, pandai-pandai jawab dekat akhirat nanti. Mak bapak nak jawabkan ke? Sorry sikit.  

April 2012

1. Aku rasa, itu bentuk penulisan paling pemalas, sebab kau ada kurang 14 patah perkataan untuk sekali tweet. Tapi kan, dalam twitter, kita lebih jujur. Nampak tak kejujuran tu kat mana?

2. Aku rasa, (aku rasa lah) April tahun ini konon-kononnya macam fasa baru dalam hidup. Setiap pagi boleh nikmati matahari celah lebuhraya. Itu antara benda yang nampak kecil, tapi besar nikmat yang boleh aku rasa. Susah sebenarnya nak terangkan dekat sini.

3. Buat masa sekarang, aku rasa kena ada sebuah kamera baru bagi menggantikan yang lama tak berganti tu. Aku cuma nak rakam setiap moment menarik. Macam dulu-dulu, kerja aku tangkap gambar setiap sudut ikut suka-hati-bapak-aku kemudian edit edit untuk simpanan sendiri. Bagi aku, kamera tu boleh jadi kawan. Kalau ada kamera, kau boleh lari daripada lingkungan awkward.

4. Bagi aku, apa yang dah ada sekarang sudah mencukupi, tapi kalau ada peluang lebih baik, tak salah berhijrah kepada keadaan, situasi dan masalah yang baru. Keadaan macam sekarang, nak selesa sangat pun tak boleh juga. Kena tempatkan diri dekat dalam zon tak selesa. Kalau betul-betul nak maju lah. Ya, susah lah kalau sibuk nak bandingkan kehidupan orang lain dengan kita. Satu perkara lagi, kena hadapi politik dalam pejabat. Itu paling aku tak minat. Aku mungkin dah mula cakap macam orang tua. Aku mungkin kena berhenti sekarang.

Kesimpulannya aku dalam lingkungan kegembiraan sekarang sebab setiap hari tatap wajah famili. Membuatkan aku rasa tak nak cari rumah sewa, sanggup 30minit merentas highway Pasir Gudang. Eh, kalau kau mesti macam tu juga kan?